Tuesday, May 18, 2010

Kursus Membina Blog Bahagian Sabak Bernam


Konsep 1 Malaysia


Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

MCA makin lemah

Kalau lah MCA menyapu bersih semua kerusi yang diperuntukkan kepada mereka, tidak apa lah juga untuk membuat pungutan suara. Tetapi sebaliknya keputusan PRU ke 12 menunjukkan mereka kalah 'melepek' dibaham DAP. Siapa hendak peduli sama ada MCA nak kekal dalam BN atau tidak.Sebelum ini sahabatnya Parti Gerakan juga buat acah-acah atau mengugut untuk keluar BN selepas mereka kena TKO di Pulau Pinang. Kedua-dua parti ini rasa-rasanya tidak mahu cermin diri sendiri, malah meletakkan kekalahan parti masing-masing kepada kelemahan pentadbiran UMNO. Perlu disedari, sungguhpun UMNO berada ditahap yang lemah semasa PRU ke 12, tetapi UMNO masih majoriti di Parlimen.Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN ?" dalam laman blog Presiden MCA, Ong Tee Keat dalam versi Inggeris bukan saja boleh ditertawakan orang tetapi tidak munasabah bagi sebuah parti yang lemah. Sistem undian itu agak sukar untuk disahkan datangnya daripada ahli-ahli MCA kerana sesiapa sahaja boleh mengundi.Persoalannya, perlu apakah pungutan suara itu diadakan? MCA tidak mengormati rakan-rakan mereka di dalam BN khususnya UMNO yang sedang meneraju kerajaan. Diwaktu susah begini, kurangkan kontroversi sebaliknya parti-parti komponen merapatkan kembali dan menguatkan parti masing-masing. UMNO sebenarnya bukan bergantung sangat kepada MCA sebaliknya UMNO lebih risaukan PAS dan PKR kerana kedua-dua parti itu boleh mengurangkan jumlah kerusi mereka di Parlimen hatta di Dewan Undangan negeri. Kalau UMNO boleh sapu bersih kerusi PAS dan PKR, parti ini boleh mendapat majoriti simple di parlimen seperti mana dalam PRU 2004di mana UMNO memenangi 110 kerusi.Di dalam DUN Negeri Perak, apa sumbangan MCA kepada politik Perak? UMNO mengekalkan 27 kerusi sedangkan MCA 1 kerusi. Di dalam pembentukan kerajaan baru Perak calon tunggal itulah mewakili masyarakat Cina sebagai exco dalam DUN Negeri Perak. Jadi perlu apa bising-bising lagi. Malahan dalam kabinet Malaysia pun peruntukan menteri daripada MCA semakin bertambah walaupun calon-calonnya 'terbarai' di seluruh negara.Tee Keat mungkin mengambil pendekatan, semua orang benci BN maka MCA pun hendak tumpang semangkuk. Tindakan ini mungkin sealiran dengan momentum undi bukan Melayu beralih arah kepada Pakatan Rakyat. Tee Keat bukan tidak faham, undi Cina bukan ikut parti. Undi Cina ikut kerajaan mana yang boleh bagi mereka keuntungan besar. Cina bergantung kepada duit. Tidak ada duit Cina tidak boleh mati, tidak boleh kawin, tidak boleh raya kerana mati, kawin dan raya memerlukan duit yang banyak.Pilihanraya 1999, undi Cina kepada BN tidak berubah walaupun undi Melayu kepada UMNO dan BN merosot teruk. Dikala UMNO menghadapi krisis berikutan pemecatan Anwar Ibrahim, undi Cina kekal kepada Tun Mahathir kerana kejayaan Tun menangani kegawatan ekonomi 1998. Undi Cina terutama peniaga-peniaga dan pedagang-pedagang malah jutawan-jutawan Cina dilupakan semasa pemerintahan Pak Lah. Hubungan dingin ini disebabkan mereka melalui perantaraan antara Pak Lah dan Khairi. Sentimen membenci Khairi sudah bertiup kencang beberapa bulan sebelum PRU. Rakan-rakan perniagaan Cina saya mengeluh dengan kesombongan, berlagak dan lebih sudu dari kuah oleh Khairi yang tidak pernah berlaku di zaman Tun Mahathir. Faktor Khairi ini bukan sahaja dilalui oleh peniaga-peniaga Cina malah dikalangan Melayu sendiri termasuklah orang Melayu terkaya di Malaysia, Mokhtar Al-Bukhary.Zaman Pak Lah dan zaman Khairi telah berlalu. Sekarang zaman Najib dan Muhyiddin. Keadaan sudah berbeza. Najib telah rapatkan semula hubungan baik dengan tokan-tokan besar ini malah Najib sendiri sudah membuat lawatan ke syarikat akhbar Cina terkemuka. Bukankah ini satu usaha Najib memulihkan kembali sokongan Cina kepada kerajaan khususnya mengembalikan Cina kepada MCA?. Walaupun 1 Malaysia itu tidak sama dengan konsep Malaysian Malaysia tetapi ia satu usaha penyatuan dan pertautan balik usaha-usaha kerjasama yang terjalin sebelum ini. Malah ia lebih hebat daripada 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' ciptaan Anwar yang belum tentu berkuasa.Kesimpulannya bukan MCA yang perlu keluar daripada BN tetapi pemimpin-pemimpin MCA yang perlu ditukar. Atau MCA memang sudah tidak ada atau ketandusan pemimpin-pemimpin lain untuk dibuat pilihan? Kalau MCA nak keluar BN, MCA nak pergi mana?. Kalau hendak keluar juga, silakan. Seperti saya berkata kepada Zaid Ibrahim, buat masa ini MCA , 'Ada pun tidak menambah, Tiada pun tidak mengurang'.Amir HamzahBatu Pahat